Cerpen Hantu

Assalamualaikum..
Salam 1 Malaysia..
Salam Ukhwwah..
Salam Muhibbah..
nk kongsi cerita misteri jam 12 nie... bce taw...

kejahatan nenek tiri
Assalamualaikum dan selamat malam DJ KC dengan semua pendengar MJ12 setia,

Nama saya, Amir ( bukan nama sebenar ) . Saya hendak menceritakan sebuah kisah benar yang telah menimpa keluarga saya dan pakcik yang sangat rapat dengan kami. Semuanya berlaku selepas setahun arwah datuk saya meninggal dunia pada Nov 2006. Ianya terjadi kerana sakit hati dan dendam. Nenek tiri saya berasal dari Jakarta. Kerana tiada surat nikah sah dari mahkamah Singapura, dia tidak boleh menjadi rakyat Singapura. Oleh itu, setelah arwah datuk meninggal dunia, segala hartanya (seperti ladang2 di Jawa) diberikan kepada adik-adiknya di Jawa.

Kerana mereka orang susah, adik-beradik ibu saya tidak mahu mengambil sesen pun. Oleh itu, nenek tiri saya sakit hati. Rumah di Singapura, diberikan kepada pakcik saya (yang rapat dengan kami). Setelah nenek tiri saya, keluar dari rumah arwah datuk saya, banyak kejadian2 yang aneh serta seram berlaku. Pakcik saya dipukau. Adik saya dirasuk. Rumah saya didatangi lembaga hitam, Kakak Cantik, dan juga si Penanggal.

Kisah pertama: Pada salah satu malam Jumaat, ibu-bapa, abang serta kakak saya keluar untuk membeli makan, yang tinggal di rumah cuma saya, adik dengan bayi yang ibu saya jaga. Saya menonton televisyen di bilik ibu saya. Sedang adik pula bermain2 bersama bayi di bilik saya. Diceritakan oleh adik saya, sedang dia bermain, ketawa2 bersama Ahmad (nama bayi itu), tiba2 Ahmad menangis ketakutan memandang ke arah tingkap. Terus adik saya toleh ke tingkap dan melihat tengkorak mata merah (penanggal) di tingkap bilik saya. Adik saya terus mendukungnya dan lari ke bilik ibu saya dan mengunci pintu lalu menangis ketakutan. Menggigil satu badan KC.

Dengan pantas saya terus memutarkan surah Yassin dari telefon bimbit saya. Ahmad & adik saya menangis tanpa henti. Dengan teresak-esak dia menceritakan apa yang dilihatnya. Saya terus menghubungi ibu agar cepat pulang. Setibanya ibu, bapa, abang serta kakak di rumah, bapa saya terus mengambil wudhu, solat and membuat air Yassin. Sedang bapa saya mahu renjis air Yassin di tingkap balkoni, ianya menjelma lagi. Dengan jelas, kami semua melihatnya. Semenjak kejadian tersebut, bapa saya menghidap sakit jantung. Susah bernafas, tapi doktor mengatakan jantung bapa saya sihat2 belaka.

Kisah kedua: Kejadian seterusnya berlaku pada malam Jumaat lagi, selepas Maghrib, bapa memanggil Ustaz dari salah sebuah masjid di Singapura ini untuk menyemah seluruh rumah saya dan juga mengubati adik saya yang sering melihat makhluk halus itu di balkoni rumah saya hampir setiap malam. Sedang proses mengubat berlangsung, tiba-tiba adik saya memekik “Panas!”. Ustaz memberinya minum air yang sudah dibaca olehnya. Adik lalu muntah darah, serta rambut & jarum yang tajam keluar dari mulutnya KC. Amat menyeramkan.

Seterusnya, makhluk halus itu semua tetap ada berkeliaran di luar rumah saya setiap malam. Hingga kini, kami hanya menentangnya dengan bacaan surah-surah Al-Quran apabila dikacau. Ustaz mengatakan, makhluk ini datang dari Batam dan juga Johor. Terlalu kuat untuk mengatasinya. Dari itu kami hanya mampu bersolat & berdoa kepada Allah S.W.T setiap hari agar kami dilindunginya dari makhluk-makhluk halus ini.

Penunggu Rumah

Salam KC,

Di sini ingin saya berkongsi pengalaman saya di rumah ibu saya beberapa tahun yang lalu, semasa saya masih menuntut di sekolah menengah. Namun peristiwa itu pasti tidak dapat dilupakan walaupun sekarang saya sudah berumahtangga dan mempunyai dua orang cahayamata dan menetap di rumah sendiri.

Peristiwa ini berlaku pada tengah malam sewaktu saya terbangun untuk ke tandas. Saya telah keluar dari bilik dan berjalan menuju ke dapur. Sudah tentu apabila hendak ke tandas di dapur, terpaksa melalui ruang tamu. Di situ, sedang duduk di atas salah sebuah kerusi di ruang tamu merupakan seorang lelaki tua yang berjanggut putih, dengan adanya sebuah tongkat di dalam genggaman tangannya. Dia hanya memerhatikan saya sepanjang saya berjalan menuju ke dapur. Saya pada mulanya tak syak apa2 kerana mungkin saya berkhayal (yelah, manalah tahukan. Kita ni mengantuk nak pergi ke tandas dan mungkin sekadar permainan perasaan saja). Jadi bila sudah selesai melakukan apa yang patut saya lakukan di tandas, saya berjalan semula menuju ke bilik. Sekali lagi saya terlihat lelaki tua tadi masih duduk di situ memerhatikan saya, memakai serba putih siap dengan sarban putih lagi.

Apalagi, saya pun cepat2 masuk ke bilik dan kunci pintu. Pada keesokan harinya saya memberitahu apa yang terjadi pada adik perempuan dan ibu tentang apa yang terjadi. Ibu mengesahkan bahawa lelaki tua itu pernah juga terlihat kelibatnya dan mungkin dihantar untuk menjaga rumah kami. Adik saya juga pernah mengalami perkara yang sama seperti saya. Sehingga sekarang saya rasa amat takut memikirkannya, manalah tahu akan ternampak kelibatnya lagi.

Peluk Mayat Menyerupai Diri Sendiri...!!!

Selamat malam para pendengar MJ12,

Nama saya Mustaqim dari Jurong West. Peristiwa yang saya alami tidak berapa seram dengan peristiwa-peristiwa lain yang awak telah dengar. Saya sendiri pun tidak tahu bahawa peristiwa itn benar-benar terjadi atau satu mimpi sahaja. Ceritanya begini...

Nenek kesayangan saya telah meninggal dunia tahun lepas dan saya berasa amat sedih. Terkenang dengan masa-masa bahagia saya bersama dengannya. Peristiwa ini berlaku beberapa bulan selepas nenek saya meninggal dunia. Pada suatu malam, saya sedang tidur dan badan saya berasa amat panas. Saya ingat saya mahu hidupkan kipas angin tetapi badan saya terasa sangat berat untuk bergerak. Tiba-tiba, saya terasa ada tiupan angin yang sejuk dan setahu saya tingkap di bilik tidak dibuka, pintu ditutup dan kipas angin tidak dihidupkan. Seram sejuk dibuatnya. Saya memeluk bantal peluk saya dengan erat kerana ketakutan.

Saya buka mata saya dan mata saya terpaku. Terpaku melihat mayat dikafan yang sedang saya peluk. Saya tidak boleh nampak siapa mayat itu. Namun, saya berpendapat mayat itu ialah arwah nenek saya. Saya berkata, "Nek, asal nenek tinggalkan Taqim...???" Tiada jawapan. Saya menangis kerana sudah lama juga saya tidak dengar suara nenek saya. Tiba-tiba mayat itu bergerak ke kanan seolah-olah mahu menunjuk mukanya. KC nak tahu tak. Alangkah terperanjatnya apabila mayat yang saya peluk itu ialah saya! Saya terus pejam mata saya dan baca doa-doa yang saya tahu. Saya buka mata balik dan mayat itu tidak kelihatan. Tuhan sahaja yang tahu peristiwa yang saya alami itu.

Itulah peristiwa yang saya mahu berkongsi bersama awak semua.

Sekian terima kasih dan selamat malam
All content found on this blog © Azid Azidee unless otherwise stated.
Layout codes by Fiffy. Sidebar Hover Eff by: Eoedesigns Image Hover Eff by: Janani Pixels by: pixeldiary.

Pena Qalbu
it came from deep heart and hopefully will touch the other heart

Pemilik Pena

sang pengabdi abadi kepada Al-Mubdi bernama Azid Azidee. Azan dan iqamat pertama itu berkumandang tatkala tubuh kecilku disambut di Bintangor,Sarawak pada subuh 1 Mei 1994. Penelaah ilmu ilahi di medan pengetahuan Taman Ilmu dan Budi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Zayyan Facebook Twitter
Instagram thePRISM jemari teman

Recent Post

Ragam ExamAdoyai Ummah PerkasaTaklimat Blogskin baru...today's story(english version)noktah, titik dan fullstopSOUTUL AMAL.

MySpace Hit Counter