Ceritera Sajak Huru Hara

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Assalamualaikum..
Salam 1 Malaysia..
Salam Ukhwwah..
Salam Muhibbah..
Salam ..
Salam Taaruf..
Salam Silaturahim..
Ramai sudah yang merungut blog ini tidak berisi. Kali terakhir blog ini beraksi adalah ketika saya sedang sibuk dan sedang pecah kepala melaksanakan kerja kursus Prinsip Perakaunan. Begitu panjang masa berlalu dan begitu banyak yang ingin diceritakan sebenarnya. Tetapi terlalu sibuk melaksanakan pelbagai aktiviti sehingga semua itu tidak sempat dijadikan karya di blog Nukilan Jejaka ini. Jadi saya ingin berkongsi serba sedikit tentang hari-hari yang saya alami sepanjang blog ini tidak bertulisan. Cerita di post yang lepas mengisahkan tentang pemberitahuan Pertandingan Sajak Bahasa Jiwa Bangsa kan.
Apa yang sudah terjadi dengan pertandingan itu? Menang ke tidak budak Azid ni? Siapa lagi yang menang ? Haa.. Inilah yang akan menjadi sebahagian nukilan hari ini. Pertandingan kali ini begitu sengit sehingga seperti tidak mahu berganjak dari kerusi putih di Dewan Bahasa dan Pustaka itu. Cuba anda bayangkan, hari pertandingannya esok, hari ini baru mula berlatih. Haha. Memang suasana hari itu agak kelam kabut. Malam terpaksa berjaga untuk menghafal sajak yang bertajuk Keindahan Yang Hilang karya Padilah Shahran. Sajak itu agak yahiz. Yahiz?? Apa itu yahiz. Haha yahiz tu dari perkataan arab yang membawa maksud menusuk. Khaidir yang cakap ya. Berbalik pada cerita. Memang sajak itu begitu sukar dideklamasikan dengan perkataan-perkataan yang membelit urat saraf dengan intonasi yang tidak menentu menyukarkan saya untuk menghafal bait-bait sajak itu. Keesokannya, iaitu di hari pertandingan, sudah hafal sajak itu. Tetapi belum sempat dihayati. Dan pabila sajak sekadar di hafal tetapi tidak dihayati. Penyampaian nya pasti tiada roh dan semangat serta kelancarannya juga akan menjadi kelam kabut. Saya mendapat giliran ke4, Abdullah Ishak giliran ke5, Adib Fikri giliran ke6, Mohd Nadzmi giliran ke7 dan Amirul Hakim Mazlan giliran ke8. Dalam hati hanya bisa berzikir menyebut Ya Fattah berulangkali. Lupa hendak diberitahu, sebenarnya pada awalnya saya memilih sajak yang bertajuk Mengenangmu Aduhai Pejuang Bangsa karya Nizam Mohd Subari. Tetapi saya merasakan saya boleh lebih beraksi sekiranya membawa tajuk Keindahan Yang Hilang. Berbalik kepada cerita, selepas peserta ketiga selesai mendeklamasikan sajaknya. Tiba giliran saya. Begitu berdebar sungguh rasanya ketika itu. Bagai hendak tercabut jantung ini dibuatnya. Tiba-tiba pengatur acara brbicara." Selesai sudah sajak yang dideklamasikan oleh adik...........Kini tiba untuk perserta seterusnya, Adik Azid Azidee dengan sajaknya yang berjudul....." saya menghentikan bicara pengatur acara itu kerana ingin memberi tahu tentang pertukaran Sajak yang dilakukan oleh saya. Pengatur Acara itu serba sedikit membantu menghilangkan gugup saya kerana saya geli hati melihat cara beliau terkejut pabila saya terus berbicara dengannya tanpa salam atau apa-apa pun. Maaf kerana kurang sopan ya. Tibanya saya di pentas yang hangat itu, saya menundukkan kepala. Tiba-tiba ada semangat yang masuk dalam diri lalu saya memulakan dengan penuh semangat. Sedang seronok bersajak terdapat beberapa patah perkataan yang salah disebut oleh saya. Tetapi saya tidak mahu seperti yang lain. Salah satu perkataan, berhenti sejenak untuk berfikir apa perkataan yang sebenar. Saya hanya terus mendeklamasikan sajak itu dengan penuh penghayatan asalkan maksud tidak lari. Fuhhh.. lega apabila tamat mendeklamasikan sajak itu. Selepas lama menontot cara peserta-peserta yang lain beraksi. Saya keluar dari dewan sejenak untuk ke surau di atas untuk solat hajat. Tenang hati pabila rasa diri ini bersama ALLAH. selepas itu kami semua pergi makan di gerai berhampiran dan solat zohor di masjid bersama-sama. Kini tiba waktu untuk umumkan pemenang. Saya mendapat saguhati tempat ke9 dan Abdullah Ishak mendapat saguhati tempat ke10 yang lain belum dapat untuk tahun ni.. Insyallah tahun depan. Terima Kasih kepada cikgu Zain,Cikgu Maisara, Cikgu Murni dan Ummi Hanan.. Tamat sudah ceritera Sajak Huru Hara
All content found on this blog © Azid Azidee unless otherwise stated.
Layout codes by Fiffy. Sidebar Hover Eff by: Eoedesigns Image Hover Eff by: Janani Pixels by: pixeldiary.

Pena Qalbu
it came from deep heart and hopefully will touch the other heart

Pemilik Pena

sang pengabdi abadi kepada Al-Mubdi bernama Azid Azidee. Azan dan iqamat pertama itu berkumandang tatkala tubuh kecilku disambut di Bintangor,Sarawak pada subuh 1 Mei 1994. Penelaah ilmu ilahi di medan pengetahuan Taman Ilmu dan Budi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Zayyan Facebook Twitter
Instagram thePRISM jemari teman

Recent Post

hargai sahabat andaبِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيمAss...Hari Yang HambarKISMISDAD MISSIONSubhanallah...tanks..Terima Kasih UmmiCerpen HantuRagam Exam

MySpace Hit Counter