terjaga

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Assalamualaikum..
Salam 1 Malaysia..
Salam Ukhwwah..
Salam Muhibbah..
Salam Zulhijjah ..
Salam Taaruf..
Salam Silaturahim..
radio 90.10 fm sedang berkumandang di corong radio mendendangkan lagu-lagu yang begitu asing buat telinga ini. Namun dendangan lagu-lagu tersebut serba-sedikit menghilangkan kesunyian dan kesuraman malam ini. Bonda dan adindaku sedang nyenyak dibuai mimpi-mimpi indah di kamarnya dan kekanda-kekandaku pula, ada yang sedang asyik menonton bola dan ada juga yang sedang berkerut dahi menyelesaikan masalah Rubik Cube. Keriuhan rumah ini tidak lama, hanya riuh di pagi hari dan pabila lewat malam menjelma keriuhannya hilang serta merta ibarat padang jarak padang tekukur.

Jam 5.30 pagi.. aku seperti dikejutkan akibat mimpi ngeri yang amat menyeramkan. Badan ku berbahang lantas aku ke dapur untuk mendapatkan segelas air. Lagu-lagu yang berkumandang di corong radio ketika itu adalah daripada irama-irama yang begitu memeritkan telinga dan menyeksa jiwa. Seperti ada yang menanya pada diri ini "Mengapa ada lagu-lagu yang terjerit-jerit sebegini?".. ahh.. tidak akan sampai ke mana mendengar lagu-lagu tersebut. Lalu aku menutup radio yang memecah kesunyian pada malam ini. Aku mencapai telefon bimbit Sony Ericson ku lantas aku membuka doa pagi yang didendangkan oleh salah satu kumpulan nasyid kegemaranku, Hijjaz. Sambil mendengar doa itu berkumandang, air wuduk ku angkat. Pabila aku terdiam seketika, yang aku dengar hanyalah bunyi zikir-zikir munajat dari telefon bimbit ku. Sungguh syahdu malam ini. Sejadah ku bentang dan di subuh yang sunyi sepi itu aku berdoa

"Tuhanku... aku tidak layak untuk syurgaMu
Tetapi aku tidak pula sanggup menanggung seksa nerakaMu
Dari itu kurniakanlah ampunan kepadaku ampunkanlah dosaku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar.."

setelah tamat doaku baca. Aku terus bangun dan menyimpan sejadah merah milikku dan aku terus duduk di meja belajarku. Memandangkan malam begitu syahdu dan saat inilah biasanya orang-orang akan menggunakan untuk menghafal, aku mencapai buku tasawwur islam tingkatan 4 lalu membuka muka surat 101 dan sambung membuat nota dan membaca pelajaran 12 yang menerangkan tentang WAQI'IYYAH. Setelah sekian lama aku belajar, aku berfikir sejenak. "Update blog seketika nak?". Lantas aku mencapai laptop HP milikku dan kini aku sedang berkarya di blog Nukilan Seorang Hamba.
All content found on this blog © Azid Azidee unless otherwise stated.
Layout codes by Fiffy. Sidebar Hover Eff by: Eoedesigns Image Hover Eff by: Janani Pixels by: pixeldiary.

Pena Qalbu
it came from deep heart and hopefully will touch the other heart

Pemilik Pena

sang pengabdi abadi kepada Al-Mubdi bernama Azid Azidee. Azan dan iqamat pertama itu berkumandang tatkala tubuh kecilku disambut di Bintangor,Sarawak pada subuh 1 Mei 1994. Penelaah ilmu ilahi di medan pengetahuan Taman Ilmu dan Budi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Zayyan Facebook Twitter
Instagram thePRISM jemari teman

Recent Post

Ceritera Sajak Huru Harahargai sahabat andaبِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيمAss...Hari Yang HambarKISMISDAD MISSIONSubhanallah...tanks..Terima Kasih UmmiCerpen Hantu

MySpace Hit Counter