Dikejar oleh..

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Assalamualaikum..
Salam 1 Malaysia..
Salam Ukhwwah..
Salam Muhibbah..
Salam Zulhijjah ..
Salam Taaruf..
Salam Silaturahim..
jam 2.00 petang tadi, aku bertolak ke rumah Khaidir untuk bersama-sama ke Jakel untuk membeli baju yang bakal dipakai oleh kami (Yahiz) di angsana kelak. Tetapi perjalanan itu menjadi sebuah perjalanan yang buruk buat seketika. Walaupun sekadar dari Taman Sri Pulai Perdana ke Taman Universiti sahaja. Pasti saya tidak dapat melupakan peristiwa ini kerana ini kali pertama saya mengalaminya. Sedang asyik menunggang motosikal Wave maroon milik saya sambil mendendangkan lagu InshaAllah, tiba-tiba terlihat seseorang yang tidak asing bagi mata ini. Ohh, rupanya Rizane yang saya lihat. Lalu ku tegur sambil menunggang motosikal bersebelahannya. Terlalu asyik berbicara dengannya sehingga saya terlupa tentang pengguna jalan raya yang lain. Pabila tiba disekitar Rumah Flat Pulai Utama, saya terkejut pabila sebuah van pesiaran membunyikan hon ke arah saya.Ohh rupanya saya menghalang orang yang hendak memotong. Lalu saya mempercepatkan lagi perjalanan dan tidak perasan van tadi hendak memotong. Jadi mungkin dia fikir bahawa saya tidak membenarkan dia memotong. Tiba-tiba van itu menghentikan perjalanan saya dengan memberhentikan vannya dihadapan saya. Terkejut juga dibuatnya. Kemudian aku pun berhenti seketika dan bersedia memohon maaf kepada india tadi. Pabila wajahnya saya lihat, terlalu marah pada air mukanya. Apa lagi, cabut lah. Ingat kan dia sudah tidak mengejar saya lagi. Rupa-rupanya masih mengejar saya. Ya ALLAH. Hanya Engkau lah tempat aku berlindung. Sepantas kilat saya membawa motosikal Wave itu dengan penuh kerisauan. "Moto ni dah laa x laju, brek tade plak tuu..adui2.." Lalu aku masuk ke kawasan penyiaran yang bersebelahan dengan SK Taman Universiti 1 dengan penuh kerisauan. Saya cilok punya cilok punya cilok. Akhirnya bebas juga dari india yang penuh dengan kemaraha itu tadi. Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas kesalahan saya ya Encik India. Ilalliqa'.
All content found on this blog © Azid Azidee unless otherwise stated.
Layout codes by Fiffy. Sidebar Hover Eff by: Eoedesigns Image Hover Eff by: Janani Pixels by: pixeldiary.

Pena Qalbu
it came from deep heart and hopefully will touch the other heart

Pemilik Pena

sang pengabdi abadi kepada Al-Mubdi bernama Azid Azidee. Azan dan iqamat pertama itu berkumandang tatkala tubuh kecilku disambut di Bintangor,Sarawak pada subuh 1 Mei 1994. Penelaah ilmu ilahi di medan pengetahuan Taman Ilmu dan Budi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Zayyan Facebook Twitter
Instagram thePRISM jemari teman

Recent Post

terjagaCeritera Sajak Huru Harahargai sahabat andaبِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيمAss...Hari Yang HambarKISMISDAD MISSIONSubhanallah...tanks..Terima Kasih Ummi

MySpace Hit Counter