Watikah Berpena Kasih #1

Bab 1
Izad Zaquan Bin Zafran ... Hmmm

Kedinginan, kesegaran dan kesejukan pagi itu sungguh dirasai oleh Izad Zaquan. Mencengkam sungguh hingga terasa di setiap tulang-belulang. Pagi itu diriuhkan dengan kalimah-kalimah keramat dari kitab suci Al-Quran yang sedang berkumandang dicorong radio. Jendela kamarnya dibuka tatkala azan Subuh bergema memecah kesunyian bumi Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya. Setelah jendela itu dibuka, Izad menapak terus ke kamar mandi. Paip air dibuka lantas dibasahi tangannya dengan titisan-titisan air yang dingin itu. Izad mengangkat wudhuk dengan penuh kelembutan dan ketenangan lalu meneruskan langkahnya menuju kembali ke kamarnya untuk mengejutkan sahabat-sahabatnya yang masih dibuai di ketinggian awangan mimpi.


"Ajmal, ohh ajmal.. Bangun, dah subuh ni. Takut subuh gajah pula nanti. Ana nak terus ke masjid ni. Enta tolong kejutkan Rayyan, dan Halim ya. Jangan tidur balik pula."

Ajmal Zulkifli membangkitkan tubuhnya dari katil yang empuk itu dan matanya terus menatap Izad yang keluar berlalu pergi ke masjid. Matanya digosok-gosok lalu bangkit berdiri menuju ke arah Rayyan dan Halim.

Izad Zaquan menuju ke arah masjid sambil memegang butiran tasbih mutiara yang dianugerahkan oleh arwah ayahnya kepadanya suatu ketika dulu. Pagi itu dirasakan sungguh syahdu. Izad Zaquan melangkah sambil tersenyum mengingatkan sesuatu. Mungkin menyingkap salasilah tasbih mutiara putih itu? Mungkin juga mengenangkan kenangan manis bersama arwah ayahnya?


@@@

Izad Zaquan baru sahaja tamat kelasnya pagi ini. Sambil berjalan, Izad memikirkan tugasan-tugasan yang perlu dilaksanakan untuk hari itu. Sedang hanyut di dalam fikirannya, satu suara menerpa dari arah belakangnya.

"Izad Zaquan. ya Allah, ke mana sahaja enta merayap?. Puas ana cari tau. Sudah berkali-kali ana "tawaf" sekitar UIA ni. Geram betul dengan sahabat ana yang seorang ni."
"Ohh Shahir. Ada apa yang mustahak sangat ni sampai beri salam pun tak sempat? Assalamualaikum. " jawab Izad dengan begitu bersahaja lalu tersenyum sinis.
"Alamak. Ehh asif jiddan. Waalaikumussalam. Tak ada apa sangat sebenarnya. Cuma ana nak beritahu enta. Artikel enta kali ini berjaya menarik ramai orang. Mantap sangat. Ada yang sampai sanggup salin balik untuk dimuatkan dalam blog mereka. Jadi bualan ramai tau. Walaupun enta pakai nama samaran, tapi orang memang kenal sangat penulisan enta. Mabruk alaika ya akhi."
"Alhamdulillah. Itu semua bukan atas usaha ana seorang sahaja kan. Enta dengan Munif pun banyak sangat bantu ana. Lagipun, ana cuma menjelaskan dan menceritakan ilmu Allah yang Maha Luas. Semuanya dari Allah. Ana pinjam sahaja." balas Izad dengan penuh merendah diri.
"Baiklah Mr. Down To Earth ni. Haha. Ana ada cerita nak dikongsi ni. Pasal artikel enta tu, ada seorang akhawat (perempuan) ni......... Aduh, sakitnya perut ana." Shahir kesakitan sambil memegang perutnya.
"Ya Allah, kenapa dengan enta ni?. " cemas Izad.
"Ana lapar sebenarnya ni. Hehe. Jom pergi Solat Dhuha sekejap. Lepas tu kita pergi makan sama-sama. Enta belanja? Boleh? "
"Ehh enta ni. Buat orang cemas sahaja. Dia yang ajak kita, kita pula kena belanja dia. In shaa Allah, boleh. Jomlah makan dekat kafe Mahallah Abu Bakar sahaja. Nanti perut enta tu meragam lagi. Solat disana sahaja ya. "
"Baik boss. Haha. "

Kedua-dua sahabat itu tertawa dan berlalu pergi. Kerenah kedua-dua mahasiswa UIAM diperhatikan oleh seorang akhawat dari jauh. Lalu akhawat itu berbisik dalam hati.

"Izad Zaquan Bin Zafran.. Hmmmm" sambil tersenyum dan minda separuh di bawah kesedaran dan separuh lagi terbang tinggi diawangan..

Bersambung....
All content found on this blog © Azid Azidee unless otherwise stated.
Layout codes by Fiffy. Sidebar Hover Eff by: Eoedesigns Image Hover Eff by: Janani Pixels by: pixeldiary.

Pena Qalbu
it came from deep heart and hopefully will touch the other heart

Pemilik Pena

sang pengabdi abadi kepada Al-Mubdi bernama Azid Azidee. Azan dan iqamat pertama itu berkumandang tatkala tubuh kecilku disambut di Bintangor,Sarawak pada subuh 1 Mei 1994. Penelaah ilmu ilahi di medan pengetahuan Taman Ilmu dan Budi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Zayyan Facebook Twitter
Instagram thePRISM jemari teman

Recent Post

Sebuah permulaan.Dongeng Sang MahasiswaBumi ini Bumi baru.Awak sudi jadi isteri kedua saya?Anologi 1Thanks to AllahPatientseketikaDia Muhammad (sajak)Tajuk Syarahan MTQ 2011

MySpace Hit Counter