Dongeng Sang Mahasiswa

Assalamualaikum . Apa mungkin salam yang dihulurkan ini bersahut ataupun hanya bergema dihujungnya. Almaklumlah berkurun lamanya tidak menjengah laman Pena Itu Berkarya ini. Sedikit tersenyum melihat telatah diri yang agak aneh kerna apabila mengemaskini sesuatu di laman ini sudah semestinya memohon maaf kepada pembaca kerna tega membiarkan laman ini bersawang dan berhabuk padahal tiada siapapun yang membaca hasil pena teknologi dari minda Sang pengabdi abadi kepada Al Mubdi bernama Azidee ini. Ya udah, emangnya nukilan ini dibuat untuk diri sendiri kerna apabila dilihat dari nukilan-nukilan yang lepas sehingga ke saat ini, ana mampu melihat sedikit perubahan dari segi pemikiran, bahasa dan macam-macam lagi. Andai antum semua tidak percaya, cuba tengok laman blogspot masing-masing, pasti semuanya tersenyum melihat gelagat diri yang berangan menghasilkan karya ibarat Angel Pakai Gucci padahal bagai langit dan bumi. Tetapi kita juga mampu tersenyum kerna melihatkan transformasi minda diri sendiri. Dari keanak-anakan beranjak ke arah yang lebih matang.

Seperti yang antum semua ketahui dari nukilan lalu, kini ana menjadi seorang penelaah ilmu Allah di sebuah universitas yang ana pengen sekali sejak muda-muda dulu iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan bertapa di sini untuk menyelami ilmu Human Science. Ana sudahpun melalui sebuah medan yang digeruni dan dirisaukan oleh para mahasiswa dan mahasiswi dimana- manapun pertapaannya. Iaitu medan pertempuran minda yang di letakkan judulnya FINAL EXAMINATION. Final exam ini berlangsung kira-kira satu purnama. Walaupun pertarungannya dalam satu purnama tetapi kertas yang perlu dijawab hanya lima sahaja. Sebelum bermula riwayat hidup sebagai seorang pahlawan minda di medan peperiksaan, liku-liku telahpun ana tempuhi bersama beberapa sahabat seperjuangan. Kami bersatu menyediakan senjata-senjata hebat untuk pertempuran minda itu. Kami mengukuhkan ketahanan fizikal, mental, jasmani, rohani, emosi dan sebagainya bagi memastikan kami bersedia untuk peperangan itu. Tika itu, ana cukup mengenal apa yang dikatakan Ukhuwah Teras Kegemilangan. Cukup indah, cukup menenangkan. Apabila sudah tiba pada tanggal atau tarikhnya, ceritera Pahlawan Minda bermula. Ada yang mampu bertarung dengan senjatayang diasah sendiri, ada yang bertarung dengan senjata asahan pahlawan lain, ada juga yang bertarung sehingga titisan darah terakhir, ada juga yang mengalah tatkala keringat pertama mengalir. Dan apabila medan itu ditutup semuanya sedar bahawa segalanya tidak mampu berulang. Yang berusaha terus tawakal, yang malas terus menyesal, yang jujur terus gembira, yang sebaliknya terus gulana. Dihati pendusta berbisik tidak mengapa aku sahaja yang tahu padahal Allah juga mengetahui. Ana, berusaha menjadi yang bersih sepanjang pertarungan itu menggunakan senjata sendiri dan tidak pernah sekalipun mengangkat bendera putih ditengah medan pertempuran.

Beberapa hari yang lepas, keputusan Final Exam dikeluarkan. Tika itu jantung para mahasiwa dan mahasiswi UIAM berdegup cukup kencang. Tidak terkecuali ana. Ana cukup risau dan bimbang, apakah Allah SWT mendengar doa ana? Adakah Allah melihat usaha ana? Mungkin begitu juga persoalan-persoalan yang bermain di minda sahabat-sahabat yang lain. Tiba detiknya. Portal my.iium.edu.my dibuka bagi menyemak  keputusan dan ALHAMDULILLAH ana cukup gembira dengan keputusan yang diperoleh. Begitu juga dengan keputusan sahabat-sahabat lain. Terima kasih Ya Allah, Terima kasih Guru, Terima kasih Sahabat, Terima Kasih Mama, Terima kasih Ummi, Terima kasih semua.
All content found on this blog © Azid Azidee unless otherwise stated.
Layout codes by Fiffy. Sidebar Hover Eff by: Eoedesigns Image Hover Eff by: Janani Pixels by: pixeldiary.

Pena Qalbu
it came from deep heart and hopefully will touch the other heart

Pemilik Pena

sang pengabdi abadi kepada Al-Mubdi bernama Azid Azidee. Azan dan iqamat pertama itu berkumandang tatkala tubuh kecilku disambut di Bintangor,Sarawak pada subuh 1 Mei 1994. Penelaah ilmu ilahi di medan pengetahuan Taman Ilmu dan Budi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Zayyan Facebook Twitter
Instagram thePRISM jemari teman

Recent Post

Bumi ini Bumi baru.Awak sudi jadi isteri kedua saya?Anologi 1Thanks to AllahPatientseketikaDia Muhammad (sajak)Tajuk Syarahan MTQ 20113rd January 2010Gotong Bin Royong -1-

MySpace Hit Counter