Gotong Bin Royong -1-

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Assalamualaikum..
Salam 1 Malaysia..
Salam Ukhwwah..
Salam Muhibbah..
Salam Muharram ..
Salam Taaruf..
Salam Silaturahim..

Sedang khusyuk dibuai mimpi, tiba-tiba aku terjaga. Jam ku tatap. Ohh, waktu menunjukkan pukul 4.36 pagi. Lalu, aku teringatkan sesuatu. Itu dia. Misi AJK Pengawas 2011. dengan pantas Telefon bimbit ku capai. Lalu aku menghantar pesanan ringkas kepada Abdullah Ishak, Nurafiqah Syahidah, Nadzmi, Nurul Sirin Zailani, Yamunaa dan Lim Cia Hui

"Salam 1 Malaysia.. Jgn lupa dtg sk0la pd jam 9pg hingga 3ptg hr ini utk bersame2 brg0t0ng-r0y0ng mmbrsihkan bilek pngws.. Dan bw skali bhn2 kprluan utk mengemas dan ap2 brg mnrik utk bilek pngws.. Azid Azidee"

5 minit kemudian. Aku menghantar pesanan ringkas lagi kepada mereka

"Hello.. dun 4get our missi0n from 9am till 3pm at sko0l today.. plizz bring cleanin' stuff n smthing intrstin' 4 prefect room.. Azid Azidee "

Air wuduk ku angkat. Lantas solat tahajud sejenak. Selesai solat kaki ku melangkah keluar dari rumah dan meneroka kedinginan pagi yang sepi untuk ke masjid sambil mendengar seruan azan. Tiba disana aku terus mengangkat takbir solat Tahiyatul Masjid. Kemudian solat Subuh secara berjemaah. Tiba-tiba seperti ada yang menarik minat ku. Kerana ada kuliah subuh di pagi itu. Lalu aku mengambil langkah untuk tidak pulang dahulu dan duduk di situ hingga kuliah tamat. Selepas itu, ada sesuatu yang perlu aku lakukan di masjid itu. Sedang seronok bekerja aku terlupa tentang mission. Jam ku tatap. Ya Allah sudah pukul 9 pg. Dengan penuh kegopohan aku pulang dan mencapai beberapa bahan yang perlu ku bawa bersama untuk ke SMK Taman Universiti. Aku mengambil Abdullah di rumah nya dan berlalu ke sekolah. Tiba di sana aku mendengar ketawa pontianak dari bilik pengawas. Ohh, rupanya suara pontianak itu milik Nurafiqah Syahidah, Yamunaa dan Cia Hui. Aku lewat 40 minit. Haha. Kami melakukan perbincangan kecil dan memulakan kerja. Banyak juga yang kami berlima lakukan dan saya ingin menceritakan sesuatu yang menarik .Dibilik pengawas ini juga telah berlaku sebuah tragedi. Tragedi paling kejam yang pernah berlaku di kawasan itu. Tragedi Pembunuhan 1 Keluarga. Ramai yang tidak tahu tentang tragedi ini. Ini bukan lah sebuah rekaan. Tetapi ini adalah benar. Tiada apa yang benar melainkan yang benar. Cia Hui paling takut tentang tragedi pembunuhan ini. Iaitu tragedi pembunuhan lipas satu keluarga. Seram tak?. Seram kan. Pembunuhan ini dilakukan oleh Azid Azidee, Abdullah, Nurafiqah Syahidah dan Yamunaa. Kita belajar sikit ya.

Hypothesis : Semakin kuat hayunan dan pukulan penyapu
Semakin jauh jarak kepala dengan badan.
Aim : A family of cockroach
Apparatus : broom, shoes
Procedure :
1. Look for a cockroach
2. Take a broom
3. Hit the cockroach with the broom
4. Get the ruler n measure the distance between the corpse and the head
5. Record the data n repeat it to other cockroach.

Result : Liquid around the corpse produce
Conclusion : Hypothesis accepted

- merepek sejenak-

Berbalik kepada cerita. Selepas masalah lipas selesai kami berehat seketika. Tiba-tiba datang sebuah lembaga berpakaian putih dan sedikit silau pada giginya. Haha. Kiddin'. Itu dia Nurul Sirin Zailani. Dia lewat datang kerana ada program yang perlu dia hadiri. Mohd Nadzmi juga lewat hadir kerana perlu ke Ujian Berkomputer Lesen. Selepas beberapa minit berlalu, perut masing-masing mengeluarkan bunyi masing-masing menandakan kelaparan. Kami ke Restoran Mak Mah untuk makan tengahari. Mula-mula ingatkan mahu berjalan kaki. Rupa-rupanya mak Nurafiqah Syahidah yang hantar. Buat susah-susah saje. Terima Kasih Mak Cikk.Tiba disana dengan kelaparan aku tidak memandang lauk-lauk lain. Hanya memandang lauk kegemaran ku iaitu Ayam Kicap. Sedap sungguh makanan dan minuman (milo ais) yang berharga RM 4.50 itu. Selepas itu kami berjalan pulang ke sekolah dan dalam perjalanan inilah kami berselisih dengan Mohd Nadzmi. Kami teruskan perjalanan ke sekolah manakala Nadzmi bergerak ke masjid dan akan menyusul nanti. Tiba di sekolah, aku dan abdullah mengambil wuduk dan solat Zohor secara berjemaah. Selesai solat kami kembali ke bilik pengawas dan memulakan misi kembali. Kali ini kami keluarkan semua barang yang ada di dalam bilik itu melainkan meja laing besar dan barang-barang lekapan. Kami asingkan bahan yang ingin kami recycle, buang dan simpan. Setelah selesai kerje mengeluarkan barang, Yamunaa mengemop lantai bilik tersebut manakala Abdullah belikan air.

Setelah selesai kerja mengemop dan mengering oleh Yamunaa. Kami mengangkat kembali barang-barang yang kami keluarkan tadi masuk ke dalam dan menyusun kesemuanya. Penat juga. Esok (27 Disember 2010) ada lagi gotong-royong. dan kali ini rasanya tak penat sangat kerana mungkin kemas sedikit sahaja dan buat beberapa perbincangan kecil. Gambar akan dikongsi besok ya.

"Terima kasih Ya Allah kerana memudahkan urusan kami."

Assalamualaikum


All content found on this blog © Azid Azidee unless otherwise stated.
Layout codes by Fiffy. Sidebar Hover Eff by: Eoedesigns Image Hover Eff by: Janani Pixels by: pixeldiary.

Pena Qalbu
it came from deep heart and hopefully will touch the other heart

Pemilik Pena

sang pengabdi abadi kepada Al-Mubdi bernama Azid Azidee. Azan dan iqamat pertama itu berkumandang tatkala tubuh kecilku disambut di Bintangor,Sarawak pada subuh 1 Mei 1994. Penelaah ilmu ilahi di medan pengetahuan Taman Ilmu dan Budi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Zayyan Facebook Twitter
Instagram thePRISM jemari teman

Recent Post

Ajied Ohh Ajiedkau sahabat kau temanDikejar oleh..terjagaCeritera Sajak Huru Harahargai sahabat andaبِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيمAss...Hari Yang HambarKISMISDAD MISSION

MySpace Hit Counter