3rd January 2010

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Assalamualaikum..
Salam 1 Malaysia..
Salam Ukhwwah..
Salam Muhibbah..
Salam Muharram ..
Salam Taaruf..
Salam Silaturahim..

Hari pertama sekolah. Bermaksud hari pertama kita melangkah ke sekolah, hari pertama kita memulakan misi tahun baru, hari pertama kita mulakan matlamat yang baru, hari pertama kita mulakan visi yang baru dan hari pertama kita memulakan buku kehidupan yang baru dan hari pertama untuk bersedia menerima ilmu yang baru. Hari pertama yang aku lalui ibarat cuaca selepas hujan. Di awal pagi ibarat pelangi dan seterusnya seperti biasa. Aku menjejakkan kaki ke sekolah dengan penuh matlamat dan visi. Aku terus bertapak ke balai pengawas dan melakukan perbincangan kecil di situ. Tidak begitu lama perbincangan itu. Hanya membincangkan tentang kawasan bertugas kami di perhimpunan. Selepas itu, kami ke dataran untuk bertugas memastikan keadaan pelajar-pelajar yang terlalu teruja di hari pertama terkawal. Selesai perhimpunan ringkas itu, kami masuk ke kelas masing-masing. Puan Sumiati. Itulah guru kelas 5 Prinsip Perakaunan 1. Seperti anak-anak kecil apabila melihat telatah rakan-rakan sekelas. Berebut tempat duduk. Berlari ke kelas. Berbual-bual. Riuh rendah keadaan ketika itu. Puan Sumiati masuk ke kelas dan mengenal kan diri. Kemudian kami memilih Pengurus kelas, penolong pengurus kelas dan sebagainya. Alhamdulillah. Aku dapat merasakan organisasi kali ini dapat berjalan dengan lancar dan teratur. Kemudian Puan Sumiati memberitahu jadual waktu, guru-guru matapelajaran dan bilangan buku yang bakal digunakan dalam subjeknya (bahasa inggeris). Setelah tamat waktu Puan Sumiati. Tiba pula giliran Puan Zakiah yang aku tunggu-tunggu. Puan Zakiah begitu cepat orangnya. Rushing laa. Rasanya dia orang yang sentiasa memastikan masa tidak terbuang begitu sahaja. Selepas dia masuk ke kelas, Puan Zakiah mengenalkan diri dan memberi serba-sedikit nasihat kepada kami. Antaranya ialah dia menyuruh kami melupakan keputusan matematik yang teruk tahun lepas dam memulakan pelayaran yang baru. Dengan cepat dan pantas dia memberitahu kami bilangan dan jenis buku yang bakal kami gunakan dan terus memberi kertas latihan bab satu iaitu Number Bases. Alhamdulillah dengan izin Allah bab ini senang masuk dek akal. Puan Zakiah juga ada memberi kerja sekolah. Ada yang merungut dan ada juga yang tersenyum gembira. Setelah tamat waktu Puan Zakiah, kami semua turun rehat. Kami iaitu AJK-AJK Tertinggi Pengawas memantau pengawas-pengawas yang lain bertugas. Dan setelah tamat waktu rehat semua kembali kekelas masing-masing. Matapelajaran yang seterusnya adalah Agama Islam. Agama Islam juga adalah salah satu matapelajaran yang agak teruja untuk aku pelajari. Matapelajaran ini diajar oleh Ustazah Aziah iaitu antara guru-guru yang aku tunggu-tunggu kerana aku belum mengenalinya. Agak mengembirakan kerana cara dia mengajar dan mendekatkan diri dengan pelajar memang menarik. Aku hanya tersenyum lebar apabila Ustazah Aziah bertanya siapa yang bawa buku teks dan hanya aku sahaja yang bawa gara-gara keterujaan ku. Selepas sesi suaikenal yang dibuat oleh Ustazah Aziah, kami terus memulakan pelajaran dalam bab 32 iaitu adab bermusafir. Setelah tamat waktu agama. Kami, pelajar-pelajar Islam 5PA1 kembali ke kelas. Matapelajaran selepas itu adalah Prinsip Perakaunan oleh Puan Rozita Ali. Dia ada mengingatkan kami tentang keputusan yang penuh kedukacitaan di peperiksaan yang lalu. Aku dengan penuh semangat mencatat azam mendapatkan A dalam Prinsip Akuan di peperiksaan setara 1 pada mac nanti. Boleh ke?. InsyaAllah. Segalanya dengan izin-Nya dan usaha yang menggunung oleh aku. Setelah tamat waktu Akaun, tiba pula waktu pulang. Pelajar-pelajar pulang ke rumah masing-masing tetapi aku dan AJK pengawas yang lain berkumpul di bilik pengawas kerana ada temuduga yang perlu kami lakukan terhadap calon DB pengawas. Sepanjang temuduga, terdapat banyak benda menarik dan ada juga beberapa benda buruk. Tetapi Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Aku dan Nadzmi pulang di basahi hujan yang renyai. Kini aku dirumah berjaga hingga jam 1.30 pagi menyiapkan kerja sekolah dan tugasan-tugasan pengawas.

Ilaliqa'
All content found on this blog © Azid Azidee unless otherwise stated.
Layout codes by Fiffy. Sidebar Hover Eff by: Eoedesigns Image Hover Eff by: Janani Pixels by: pixeldiary.

Pena Qalbu
it came from deep heart and hopefully will touch the other heart

Pemilik Pena

sang pengabdi abadi kepada Al-Mubdi bernama Azid Azidee. Azan dan iqamat pertama itu berkumandang tatkala tubuh kecilku disambut di Bintangor,Sarawak pada subuh 1 Mei 1994. Penelaah ilmu ilahi di medan pengetahuan Taman Ilmu dan Budi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Zayyan Facebook Twitter
Instagram thePRISM jemari teman

Recent Post

Gotong Bin Royong -1-Ajied Ohh Ajiedkau sahabat kau temanDikejar oleh..terjagaCeritera Sajak Huru Harahargai sahabat andaبِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيمAss...Hari Yang HambarKISMIS

MySpace Hit Counter